Copyright ©2005 ik resources
:: developed by LamanWebMurah ::

  LATARBELAKANG

Seiring dengan seruan kerajaan Malaysia agar lebih ramai pengusaha bumiputera berkecimpung dalam bidang pemasaran, pengedaran dan pembekalan perkhidmatan serta produk, IK Resources tidak terkecuali tampil ke hadapan untuk bersama-sama menggembeleng tenaga merealisasikan hasrat dan wawasan tersebut.

Penubuhan IK Resources bukan sahaja bermisikan untuk menjana ekonomi negara malahan turut sama menyumbang ke arah kemajuan dan seterusnya memberikan khidmat serta servis yang terbaik kepada pelangan-pelanggannya.

Secara ringkas, IK Resources merupakan sebuah syarikat milik bumiputera berdaya saing yang ditubuhkan pada awal 2002 dan terlibat secara aktif dalam memasarkan, membekalkan dan mengedar pelbagai produk serta perkhidmatan kepada badan-badan kerajaan, swasta serta badan berkanun.